Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2018Read it in English

Bab 8

38. Pengiktirafan dan penguatkuasaan

Feedback & support
(1)

Atas suatu permohonan secara bertulis kepada Mahkamah

Tinggi, suatu award yang dibuat berkenaan dengan suatu timbang tara sekiranya tempat timbang tara adalah di Malaysia atau suatu award dari suatu Negara asing, hendaklah tertakluk kepada seksyen ini dan seksyen 39 diiktiraf sebagai mengikat dan dikuatkuasakan melalui catatan sebagai suatu penghakiman mengikut terma award atau melalui tindakan.

(2)

Dalam suatu permohonan di bawah subseksyen (1) pemohon hendaklah mengemukakan—

(a)

award asal yang disahkan dengan sempurnanya atau salinan award yang diperakui dengan sempurnanya; dan

(b)

perjanjian timbang tara yang asal atau salinan perjanjian itu yang diperakui dengan sempurnanya.

(3)

Jika award atau perjanjian timbang tara adalah dalam bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, pemohon hendaklah membekalkan terjemahan award atau perjanjian itu dalam bahasa Inggeris yang diperakui dengan sempurnanya.

Timbang Tara 41

(4)

Bagi maksud Akta ini, “Negara asing” ertinya suatu Negara yang merupakan suatu pihak kepada Konvensyen Mengenai

Pengiktirafan dan Penguatkuasaan Award Timbang Tara Asing yang diterima pakai oleh Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu

Mengenai Timbang Tara Perdagangan Antarabangsa pada tahun 1958.

Report

Bahagian III

Peruntukan Tambahan yang Berhubungan Dengan Timbang Tara

Bahagian IV

Pelbagai