Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2018Read it in English

Bab 2

9. Takrif dan bentuk perjanjian timbang tara

Feedback & support
(1)

Dalam Akta ini, “perjanjian timbang tara” ertinya suatu perjanjian oleh pihak-pihak untuk mengemukakan kepada timbang tara semua pertikaian atau pertikaian tertentu yang telah timbul atau yang mungkin timbul antara mereka berkenaan dengan hubungan di sisi undang-undang yang ditetapkan, sama ada kontraktual atau tidak.

Timbang Tara 13

(2)

Suatu perjanjian timbang tara boleh berupa dalam bentuk suatu fasal timbang tara dalam suatu perjanjian atau dalam bentuk suatu perjanjian yang berasingan.

(3)

Suatu perjanjian timbang tara hendaklah secara bertulis.

(4)

Suatu perjanjian timbang tara adalah secara bertulis—

(a)

jika kandungannya direkodkan dalam apa jua bentuk, sama ada atau tidak perjanjian timbang tara atau kontrak itu telah dipersetujui secara lisan, melalui kelakuan, atau dengan cara lain; atau

(b)

jika perjanjian itu terkandung dalam suatu pertukaran pernyataan tuntutan dan pembelaan yang dalamnya kewujudan suatu perjanjian dikatakan oleh satu pihak dan tidak dinafikan oleh pihak yang satu lagi.

(4a)

Kehendak suatu perjanjian timbang tara dibuat secara bertulis dipenuhi oleh apa-apa komunikasi elektronik yang dibuat oleh pihak-pihak melalui mesej data jika maklumat yang terkandung dalamnya boleh diakses supaya boleh digunakan untuk rujukan yang berikutnya.

(5)

Sebutan dalam suatu perjanjian mengenai suatu dokumen yang mengandungi fasal timbang tara hendaklah menjadi suatu perjanjian timbang tara, dengan syarat bahawa perjanjian itu adalah secara bertulis dan sebutan itu adalah yang sedemikian untuk menjadikan fasal itu sebahagian daripada perjanjian itu.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “mesej data” ertinya maklumat yang dijana, dihantar, diterima atau disimpan dengan cara elektronik, magnetik, optik atau cara seumpamanya, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pertukaran data elektronik, mel elektronik, telegram, teleks atau salinan teleks.

Report

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bab 7

Bab 8

Bahagian III

Peruntukan Tambahan yang Berhubungan Dengan Timbang Tara

Bahagian IV

Pelbagai