Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2018Read it in English
Contents

Act of Parliament

Akta Timbangtara 2005

Feedback & supportDomestic and international arbitration and enforcing awards

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Timbang Tara 2005.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“award” ertinya suatu keputusan tribunal timbang tara mengenai isi pertikaian dan termasuklah apa-apa award muktamad, interim atau sebahagian dan apa-apa award tentang kos atau faedah tetapi tidak termasuk perintah interlokutori;

Undang-Undang Malaysia 8

“Mahkamah Tinggi” ertinya Mahkamah Tinggi di Malaya dan

Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak atau mana-mana satu daripadanya, mengikut kehendak keadaan;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi timbang tara;

“Negara” ertinya suatu Negara yang berdaulat dan bukan suatu komponen negeri di Malaysia, melainkan jika dinyatakan selainnya;

“penimbang tara pengerusi” ertinya penimbang tara yang ditetapkan dalam perjanjian timbang tara sebagai penimbang tara pengerusi atau pengerusi tribunal timbang tara, penimbang tara tunggal atau penimbang tara ketiga yang dilantik di bawah subseksyen 13(3);

“perjanjian timbang tara” ertinya suatu perjanjian timbang tara sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 9;

“pihak” ertinya suatu pihak kepada suatu perjanjian timbang tara atau, dalam apa-apa hal jika suatu timbang tara tidak melibatkan semua pihak kepada perjanjian timbang tara itu, ertinya suatu pihak kepada timbang tara itu;

“tempat timbang tara” ertinya tempat di mana timbang tara diasaskan sebagaimana yang ditentukan mengikut seksyen 22;

“timbang tara antarabangsa” ertinya suatu timbang tara yang—

(a)

salah satu daripada pihak kepada suatu perjanjian timbang tara, pada masa pembuatan perjanjian itu, mempunyai tempat urusannya di mana-mana Negara selain Malaysia;

(b)

salah satu daripada yang berikut terletak dalam mana-mana Negara selain Malaysia yang tempat pihak-pihak itu mempunyai tempat urusan mereka:

(i)

tempat timbang tara jika ditentukan dalam, atau menurut, perjanjian timbang tara;

(ii)

mana-mana tempat di mana sebahagian besar obligasi mana-mana perhubungan perdagangan atau yang lain yang hendaklah dilaksanakan atau tempat yang dengannya hal perkara pertikaian itu mempunyai kaitan yang paling rapat; atau

Timbang Tara 9

(c)

pihak-pihak telah bersetuju dengan nyata bahawa hal perkara perjanjian timbang tara berkaitan dengan lebih daripada satu Negara;

“timbang tara domestik” ertinya mana-mana timbang tara yang bukan suatu timbang tara antarabangsa;

“tribunal timbang tara” ertinya penimbang tara kecemasan, penimbang tara tunggal atau panel penimbang tara.

(2)

Bagi maksud Akta ini—

(a)

dalam takrif “timbang tara antarabangsa”—

(i)

jika suatu pihak mempunyai lebih daripada satu tempat urusan, sebutan mengenai tempat urusan ialah tempat urusan yang mempunyai perhubungan yang paling rapat dengan perjanjian timbang tara itu; atau

(ii)

jika suatu pihak tidak mempunyai tempat urusan, sebutan mengenai tempat urusan ialah kediaman biasa pihak itu;

(b)

jika peruntukan Akta ini, kecuali seksyen 3, membiarkan pihak-pihak bebas untuk menentukan suatu isu tertentu, kebebasan itu hendaklah termasuk hak pihak-pihak itu untuk membenarkan pihak ketiga, termasuk suatu institusi, untuk menentukan isu itu;

(c)

jika peruntukan Akta ini merujuk kepada hakikat bahawa pihak-pihak telah bersetuju atau bahawa mereka mungkin bersetuju atau mengikut apa-apa cara lain merujuk kepada perjanjian pihak-pihak itu, perjanjian itu hendaklah termasuk apa-apa kaedah-kaedah timbang tara yang disebut dalam perjanjian itu;

(d)

jika peruntukan Akta ini merujuk kepada suatu tuntutan, selain dalam perenggan 27(a) dan 34(2)(a), peruntukan itu hendaklah juga terpakai bagi suatu tuntutan balas, dan jika peruntukan itu merujuk kepada suatu pembelaan, peruntukan itu hendaklah juga terpakai bagi suatu pembelaan kepada tuntutan balas itu.

Undang-Undang Malaysia 10

(1)

Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

(2)

Berkenaan dengan suatu timbang tara domestik, jika tempat timbang tara adalah di Malaysia—

(a)

Bahagian I, II dan IV Akta ini hendaklah terpakai; dan

(b)

Bahagian III Akta ini hendaklah terpakai melainkan jika pihak-pihak bersetuju selainnya secara bertulis.

(3)

Berkenaan dengan timbang tara antarabangsa, jika tempat timbang tara adalah di Malaysia—

(a)

Bahagian I, II dan IV Akta ini hendaklah terpakai; dan

(b)

Bahagian III Akta ini tidak terpakai melainkan jika pihak-pihak bersetuju selainnya secara bertulis.

(4)

Bagi maksud perenggan (2)(b) dan (3)(b), pihak-pihak kepada suatu timbang tara domestik boleh bersetuju untuk mengecualikan pemakaian Bahagian III Akta ini dan pihak-pihak kepada suatu timbang tara antarabangsa boleh bersetuju untuk memakai Bahagian

III Akta ini, secara keseluruhan atau sebahagian.

Perwakilan 3a.  Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, suatu pihak kepada prosiding timbang tara boleh diwakili dalam prosiding itu oleh mana-mana wakil yang dilantik oleh pihak itu.

(1)

Apa-apa pertikaian yang pihak-pihak telah bersetuju untuk dikemukakan kepada timbang tara di bawah suatu perjanjian timbang tara boleh ditentukan melalui timbang tara melainkan jika perjanjian timbang tara itu berlawanan dengan dasar awam atau hal perkara pertikaian itu tidak dapat diselesaikan melalui timbang tara di bawah undang-undang Malaysia.

Timbang Tara 11

(2)

Hakikat bahawa mana-mana undang-undang bertulis memberikan bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara kepada mana-mana mahkamah tetapi tidak menyebut mengenai penentuan perkara itu melalui timbang tara tidak boleh, dengan sendirinya, menunjukkan bahawa suatu pertikaian tentang perkara itu tidak boleh ditentukan melalui timbang tara.

s 5Kerajaan adalah terikat

Akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana timbang tara yang baginya Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana komponen negeri di Malaysia merupakan suatu pihak.

Bahagian II

Timbang Tara

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bab 7

Bab 8

Bahagian III

Peruntukan Tambahan yang Berhubungan Dengan Timbang Tara

Bahagian IV

Pelbagai