Malaysia legislation

Section 49

of AKTA TIMBANGTARA 2005

Seksyen 49

Kebankrapan

(1)

Jika suatu pihak dalam perjanjian timbang tara ialah seorang bankrap dan orang yang mempunyai bidang kuasa untuk mentadbir harta bankrap menerima pakai perjanjian itu, perjanjian timbang tara itu hendaklah dikuatkuasakan oleh atau terhadap orang itu.

(2)

Mahkamah Tinggi boleh mengarahkan apa-apa perkara yang berkaitan dengan atau bagi maksud prosiding kebankrapan dirujukkan kepada timbang tara jika—

(a)

perkara itu ialah yang baginya perjanjian timbang tara terpakai;

(b)

perjanjian timbang tara dibuat oleh orang yang telah dihukum bankrap sebelum mula berkuatkuasanya prosiding kebankrapan itu; dan

(c)

orang yang mempunyai bidang kuasa untuk mentadbir harta tidak menerima pakai perjanjian itu.

(3)

Suatu permohonan di bawah subseksyen (2) boleh dibuat oleh—

(a)

mana-mana pihak lain kepada perjanjian timbang tara;

atau

(b)

mana-mana orang yang mempunyai bidang kuasa untuk mentadbir harta bankrap.