Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2018Read it in English

Bab 1

7. Penepian hak untuk membantah

Feedback & support

Suatu pihak yang mengetahui—

(a)

tentang mana-mana peruntukan Akta ini yang pihak-pihak tidak menurutinya; atau

(b)

bahawa apa-apa kehendak di bawah perjanjian timbang tara telah tidak dipatuhi, dan masih meneruskan timbang tara itu tanpa menyatakan bantahannya terhadap ketidakpatuhan itu tanpa kelengahan yang tidak wajar atau, jika suatu had masa diperuntukkan bagi menyatakan bantahan itu, dalam tempoh masa itu, hendaklah disifatkan telah mengetepikan haknya untuk membantah.

Report