Skip to content

Seksyen 2

Tafsiran dan pemakaian

of Akta Wasiat 1959

ActIn forceProvision 2 of 31
Seksyen 2
(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika terdapat sesuatu yang tidak bersesuaian mengenai perkara atau konteks—

“harta” termasuklah tanah, pajakan, sewaan dan hereditamen zahir, tidak zahir atau persendirian dan apa-apa syer individu daripadanya dan apa-apa estet, hak atau kepentingan dalamnya atau berhubung dengannya, wang, syer Kerajaan dan kumpulan wang lain, sekuriti bagi wang, gadaian, hutang, hak dalam tindakan, hak, kredit, barang-barang dan semua harta lain apa-apa jua pun yang diturunkan ke atas wasi atau pentadbir dan apa-apa syer atau kepentingan dalamnya dan apa-apa kepentingan kontingen, eksekutori atau hadapan yang lain;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 346

“Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;

“wasiat” ertinya suatu perisytiharan yang dimaksudkan untuk mempunyai kesan undang-undang bagi niat seorang pewasiat mengenai hartanya atau perkara lain yang dihasratkan olehnya untuk dilaksanakan selepas kematiannya dan termasuklah suatu testamen, kodisil dan suatu pelantikan melalui wasiat atau melalui tulisan atas sifat suatu wasiat dalam menjalankan suatu kuasa dan juga suatu pemindahan melalui wasiat atau testamen bagi penjagaan, jagaan dan tuisyen mana-mana anak.

(2)

Akta ini tidak terpakai bagi wasiat orang yang menganuti agama Islam yang kuasa perwasiatan hendaklah kekal tidak tersentuh oleh apa-apa pun yang terkandung dalam Akta ini.