Skip to content

Seksyen 6

Penyempurnaan pelantikan melalui wasiat

of Akta Wasiat 1959

ActIn forceProvision 6 of 31
Seksyen 6
(1)

Tiada pelantikan yang dibuat melalui wasiat, dalam menjalankan apa-apa kuasa, boleh menjadi sah, melainkan jika ia disempurnakan mengikut cara yang dikehendaki sebelum ini.

(2)

Tiap-tiap wasiat yang disempurnakan mengikut cara yang dikehendaki sebelum ini hendaklah, setakat berkenaan dengan penyempurnaan dan pengakusaksiannya, menjadi penyempurnaan yang sah bagi suatu kuasa pelantikan melalui wasiat, walau apa pun bahawa hendaklah secara nyata dikehendaki bahawa suatu wasiat yang dibuat dalam menjalankan kuasa itu patut disempurnakan dengan beberapa tambahan atau bentuk lain penyempurnaan atau secara rasmi.

Wasiat 9