Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian VIII
45. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & support(1)
Majlis boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya atau bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh menetapkan—
(a)
tatacara bagi penyimpanan Daftar, bentuk dan kandungan
Daftar;
(b)
amaun fi dan caj berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini;
(c)
apa-apa perkara yang berhubungan dengan prosiding tatatertib dan bagi penjalanan kuasa tatatertib Majlis, dan apa-apa perkara lain yang bersampingan dengannya;
dan
(d)
apa-apa perkara lain yang dikehendaki ditetapkan di bawah Akta ini.