Akta Kebajikan Haiwan 2015 · Updated to 29 Dec 2015 · Bahagian II · Lembaga Kebajikan Haiwan
11. Pengosongan jawatan
Feedback & supportJawatan seseorang anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(b), (f), (g), (h) atau (i) hendaklah menjadi kosong jika—
dia meninggal dunia;
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun;
dia menjadi bankrap;
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;
peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau
pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
Jika seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(b),
, (g), (h) atau (i) berhenti menjadi anggota Lembaga, oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, Menteri boleh melantik seorang yang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik mengikut peruntukan yang terpakai.
Undang-Undang Malaysia 14