Skip to content
In forceUpdated to 29 Dec 2015Read it in English

Bahagian II · Lembaga Kebajikan Haiwan

12. Mesyuarat Lembaga

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah bermesyuarat sekerap yang perlu bagi melaksanakan fungsinya dan mesyuarat itu hendaklah diadakan di tempat dan pada masa yang diputuskan oleh Pengerusi.

(2)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat

Lembaga dan jika bagi apa-apa sebab Pengerusi tidak hadir,

Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(3)

Jika pada mana-mana mesyuarat Lembaga, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir, mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan.

(4)

Pengerusi dan empat anggota lain Lembaga hendaklah membentuk kuorum bagi mana-mana mesyuarat Lembaga.

(5)

Jika terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi atau Timbalan Pengerusi yang menggantikan Pengerusi yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah mempunyai undi pemutus.

(6)

Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga bagi maksud menasihati

Lembaga tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang yang diundang sedemikian tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat tersebut.

Report

Bahagian III

Pelesenan

Bahagian IV

Perkara yang Berhubungan Dengan Kebajikan Haiwan

Bahagian V

Penganiayaan Terhadap Haiwan

Bahagian VI

Haiwan dalam Distres

Bahagian VII

Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Kuasa Sampingan Mahkamah

Bahagian IX

Schedules