Akta Kebajikan Haiwan 2015 · Updated to 29 Dec 2015 · Bahagian VII · Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan
38. Kad kuasa
Feedback & support(1)
Pengerusi hendaklah mengeluarkan kepada setiap pegawai kebajikan haiwan suatu kad kuasa yang hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi.
(2)
Bila mana seseorang pegawai kebajikan haiwan menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan, kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).