Skip to content

Section 38

Kad kuasa

of Animal Welfare Act 2015

ActIn forceProvision 38 of 64
Section 38
(1)

Pengerusi hendaklah mengeluarkan kepada setiap pegawai kebajikan haiwan suatu kad kuasa yang hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi.

(2)

Bila mana seseorang pegawai kebajikan haiwan menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan, kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).