Akta Antibuli 2026 · Updated to 23 Jan 2026 · Bahagian VI · Institusi di Bawah Akta Kanak-Kanak 2001
21. Penentuan Menteri yang bertanggungjawab di bawah Bahagian ini
Feedback & supportBagi maksud menentukan Menteri yang bertanggungjawab bagi institusi yang berkaitan di bawah Bahagian ini, Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berkaitan dengan institusi yang rujukan kepada
“Menteri” dibuat, bertindak secara individu atau bersama-sama atau dengan perundingan, mengikut mana-mana yang berkehendak sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Kanak-Kanak 2001
dan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah
Akta Kanak-Kanak 2001.