Akta Antibuli 2026 · Updated to 23 Jan 2026 · Bahagian VI · Institusi di Bawah Akta Kanak-Kanak 2001
24. Jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli
Feedback & supportBagi maksud Bahagian ini, mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi pentadbiran, pengurusan dan pengawalseliaan institusi hendaklah memastikan bahawa institusi itu menubuhkan suatu jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Tiap-tiap jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai fungsi untuk—
menasihati institusi dalam apa-apa perkara yang berhubungan dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;
membantu institusi dalam apa-apa perkara yang berhubungan dengan pencegahan dan pengurusan kes buli; dan
menerima, mengendalikan dan menjalankan pengantaraan bagi apa-apa aduan berhubung dengan apa-apa kes buli dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Walau apa pun perenggan (2)(c), jawatankuasa boleh, jika difikirkannya sesuai, merujuk aduan itu kepada Tribunal tertakluk kepada pengadu memberikan keizinan termaklum kepada rujukan itu.
Undang-Undang Malaysia 22