Akta Antibuli 2026 · Updated to 23 Jan 2026 · Bahagian IX
51. Perlindungan di bawah Akta ini
Feedback & supportTiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
Presiden, Timbalan Presiden atau mana-mana anggota
Tribunal;
Setiausaha Tribunal, atau mana-mana pegawai atau kakitangan Tribunal;
mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi pentadbiran, pengurusan dan pengawalseliaan institusi pendidikan, institusi atau jawatankuasa di bawah Bahagian III, IV,
V atau VI; atau
mana-mana orang lain bagi atau bertanggungan atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang dilakukan atau bertujuan untuk dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan orang yang disebut dalam perenggan (c),
Undang-Undang Malaysia 40
berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat dengan suci hati dalam pelaksanaan apa-apa kewajipan atau fungsi, atau dalam menjalankan apa-apa kuasa, di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengecualikan mana-mana orang daripada liabiliti bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan secara cuai, fraud atau dengan niat jahat.