Akta Antibuli 2026 · Updated to 23 Jan 2026 · Bahagian IX
53. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan sebagaimana perlu atau suai manfaat untuk menguatkuasakan peruntukan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi—
menetapkan borang yang akan digunakan dalam prosiding di hadapan Tribunal;
menetapkan cara dan bentuk yang aduan boleh dibuat kepada Tribunal, termasuk melalui cara elektronik;
menetapkan cara penyampaian notis di bawah Akta ini;
menetapkan tatacara yang berhubungan dengan penyampaian notis dan pendengaran yang melibatkan kanak-kanak;
menetapkan tatacara yang berhubungan dengan pengantaraan;
dan
menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki untuk ditetapkan di bawah Akta ini.
Antibuli 41