Skip to content
ActRepealed

Akta Badan Pencegah Rasuah 1982

Repealed by Akta Pencegahan Rasuah 1997.

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1982
Sections
11
Languages
MS · EN

Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 is Malaysia Act, cited as Act 271 1982, currently marked repealed and first recorded in 1982.

Front matterCover and publication detailsOpen

REPEALED BY

DIMANSUHKAN OLEH...ACT 575

Akta.271

AKTA BADAN PENCEGAH RASUAH 1982

Tarikh Persetujuan Diraja 30hb April 1982

Tarikh diterbitkan dalam Warta ... ... 13hb Mei 1982

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 271

AKTA BADAN PENCEGAH RASUAH 1982

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta bagi menubuhkan Badan Pencegah Rasuah, bagi memberi kuasa-kuasa kepada pegawai-pegawai Badan itu dan bagi membuat peruntukan-peruntukan yang berkenaan dengannya. MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Badan" ertinya Badan Pencegah Rasuah yang ditubuhkan oleh Akta ini;

"pegawai Badan" ertinya Ketua Pengarah Badan yang dilantik di bawah seksyen 3 (2) dan mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 4;

"undang-undang yang ditetapkan" ertinya manamana undang-undang bertulis yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta yang mengenainya peruntukan-peruntukan Akta ini hendaklah dipakai.

(1)

Maka hendaklah dilantik beberapa orang pegawai Badan dan dari sesuatu kelas atau gred, sebagaimana yang difikirkan perlu bagi maksud menguatkuasakan peruntukan-peruntukan Akta ini.

(2)

Semua pegawai Bacan adalah anggota perkhidmatan awam am Persekutuan.

(2)

Bagi maksud-maksud Akta ini, Akta Pencegah Rasuah 1961 dan mana-mana undang-undang yang ditetapkan, seseorang pegawai Badan hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai polis dan hendaklah mempunyai segala kuasa dan imuniti pegawai tersebut yang dilantik di bawah Akta Polis 1967, dan Kanun Prosedur Jenayah dan mana-mana undang-undang bertulis lain hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

(2)

Ketua Pengarah Badan hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam suratcara perlantikannya.

(1)

Bagi maksud-maksud Akta ini, Akta Pencegah Rasuah 1961 dan mana-mana undang-undang yang ditetapkan, maka adalah dengan ini ditubuhkan Badan Pencegah Rasuah.

(1)

Ketua Pengarah Badan hendaklah mempunyai segala kuasa seseorang Timbalan Pendakwa Raya di bawah Kanun Prosedur Jenayah dan segala kuasa seseorang pegawai Badan.

(3)

Tertakluk kepada seksyen 6, seseorang pegawai Badan hendaklah mempunyai segala kuasa seseorang pegawai kastam di bawah mana-mana undang-undang yang ditetapkan seolah-olah ianya adalah seorang pegawai yang dilantik di bawah Akta Kastam 1967, dan Kanun Prosedur Jenayah hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

(1)

Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menetapkan mana-mana undang-undang bertulis yang mengenainya peruntukan-peruntukan Akta ini hendaklah dipakai.

BADAN PENCEGAH RASUAH

(2)

Dalam sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau dalam sesuatu perintah yang kemudiannya, Menteri boleh menyatakan bahawa seseorang pegawai Badan dari sesuatu kelas atau gred hendaklah dikira bagi maksud undang-undang itu sebagai setaraf dengan seseorang pegawai dari sesuatu kelas atau gred di bawah undang-undang yang ditetapkan itu.

(1)

Tiap-tiap pegawai Badan apabila bertindak di bawah Akta Pencegah Rasuah 1961 atau mana-mana undang-undang yang ditetapkan hendaklah, apabila diminta, menyatakan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya ia bertindak itu atau yang daripadanya ia meminta apa-apa maklumat apa-apa kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah Badan supaya dibawa oleh pegawai itu.

(2)

Maka tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi seseorang enggan mematuhi apa-apa permintaan, kehendak atau perintah yang dibuat oleh seseorang pegawai Badan yang bertindak atau berupa sebagai bertindak di bawah mana-mana undang-undang seperti tersebut di atas jika pegawai itu enggan menyatakan jawatannya dan enggan mengemukakan kad kuasanya apabila diminta oleh orang itu.

Ketua Pengarah Badan boleh mengeluarkan perintah-perintah tadbir yang dipanggil "Perintah-Perintah Tetap" yang tidak bertentangan dengan peruntukan-peruntukan Akta ini bagi maksud pengawasan am, latihan, tugas dan kewajipan pegawai-pegawai Badan dan bagi apa-apa perkara lain yang perlu atau bermanfaat untuk kebaikan pentadbiran Badan atau untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa atau kecuaian menjalankan tugas dan pada amnya untuk mempastikan penjalanan fungsi Badan dengan cekap dan berkesan.

Tiap-tiap pegawai Badan hendaklah, bagi maksudmaksud Akta ini, disifatkan sentiasa dalam tugas apabila dikehendaki bertindak sedemikian dan hendaklah menjalankan tugas dan kuasa yang diberi kepadanya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain di mana-mana tempat dalam Persekutuan di mana ia mungkin menjalankan tugas itu.

(1)

Jika apa-apa sebutan dibuat dalam mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya mengenai Biro Siasatan Negara atau, dalam bahasa Inggeris, "National Bureau of Investigation", maka sebutan itu hendaklah dari mula berkuatkuasanya Akta ini masing-masingnya ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Badan Pencegah Rasuah atau, dalam bahasa Inggeris, "Anti-Corruption Agency".

(2)

Apa-apa perbuatan yang dilakukan atau apa-apa tindakan yang diambil sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini oleh seseorang pegawai Biro Siasatan Negara hendaklah disifatkan sebagai telah dilakukan atau diambil oleh seseorang pegawai Badan Pencegah Rasuah dan bolehlah diteruskan dengan sewajarnya oleh seseorang pegawai Badan Pencegah Rasuah.

(3)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen 6 Akta Biro Siasatan Negara 1973 dan yang berkuatkuasa sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah, sebaik sahaja Akta ini berjalan kuatkuasa, terus berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya dan boleh dimansuhkan atau dipinda mengikut Akta ini.

(4)

Maka adalah dengan ini ditetapkan bahawa orang yang memegang jawatan Ketua Pengarah Biro Siasatan Negara dan semua pegawai lain yang memegang jawatan dalam Biro tersebut sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah, masing-masingnya, sebaik sahaja Akta ini berjalan kuatkuasa, menjadi Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai Badan.

Common questions

What is Akta Badan Pencegah Rasuah 1982?
Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 is Malaysia Act, cited as Act 271 1982, currently marked repealed and first recorded in 1982.
Is Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 still in force?
No — Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 has been repealed.
When did Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 take effect?
Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 was first recorded in 1982.
How many sections does Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 have?
Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 contains 11 sections.
Where can I read the official version of Akta Badan Pencegah Rasuah 1982?
The official text of Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.