Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
Seksyen 56 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Tertakluk pada seksyen 61, jika berkenaan dengan apa-apa harta yang disita di bawah Akta ini tiada pendakwaan atau sabitan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau 4a(2), suatu kesalahan membiayai keganasan atau suatu kesalahan membiayai aktiviti terhad, Pendakwa Raya boleh memohon kepada seorang hakim Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan suatu perintah pelucuthakan harta itu—
(a)
dalam hal tiada pendakwaan, sebelum tamat tempoh lapan belas bulan dari tarikh perintah penyitaan itu, atau jika terdapat suatu perintah pembekuan, lapan belas bulan dari tarikh perintah pembekuan itu; atau
(b)
dalam hal tiada sabitan, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tiada sabitan itu.”;
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Pendakwa Raya dalam membuat permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah berpuas hati bahawa harta itu ialah—
(a)
hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu;
(b)
harta pengganas;
(c)
harta pencambah;
(d)
hasil daripada suatu aktiviti haram; atau
(e)
peralatan kesalahan.”;
Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan
Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada
Aktiviti Haram (Pindaan)
(c)
dalam perenggan (2)(a)—
(i)
dalam subperenggan (i), dengan menggantikan perkataan “subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan” dengan perkataan
“subseksyen 4(1) atau 4a(2), suatu kesalahan membiayai keganasan atau suatu kesalahan membiayai aktiviti terhad”; dan
(ii)
dengan memasukkan selepas subperenggan (ii)
subperenggan yang berikut:
“(iia) harta pencambah;”;
(d)
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“dua belas bulan” dengan perkataan “lapan belas bulan”;
dan
(e)
dalam subseksyen (4)—
(i)
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan
“subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan” dengan perkataan “subseksyen 4(1)
atau 4a(2), suatu kesalahan membiayai keganasan atau suatu kesalahan membiayai aktiviti terhad”;
dan
(ii)
dengan memasukkan selepas perenggan (b)
perenggan yang berikut:
“(ba) harta pencambah;”.
Pindaan seksyen 58