Malaysia legislation
Section 49
Seksyen 49
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 83
seksyen yang berikut:
“Pematuhan obligasi 83a. (1) Pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh—
(a)
mengarahkan mana-mana institusi pelapor atau institusi di bawah Bahagian VIa dan VIb, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor atau institusi itu;
atau
(b)
membuat perjanjian dengan mana-mana institusi pelapor atau institusi di bawah Bahagian VIa dan VIb, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor atau institusi itu, yang tanpa alasan munasabah telah tidak mematuhi mana-mana obligasi di bawah Akta ini, untuk melaksanakan apa-apa rancangan tindakan bagi memastikan pematuhan obligasi institusi pelapor atau institusi di bawah Bahagian VIa dan VIb, atau obligasi pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor atau institusi itu di bawah Akta ini.
(2)
Mana-mana institusi pelapor atau institusi di bawah
Bahagian VIa dan VIb, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor atau institusi itu yang tidak mematuhi sesuatu arahan atau perjanjian di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.
Undang-Undang Malaysia 44
Akta A1761
(3)
Seksyen ini tidaklah menggalang, menghalang atau melarang pemulaan apa-apa pendakwaan atau tindakan pentadbiran bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.
Kuasa pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan untuk mengambil tindakan pentadbiran 83b. (1) Pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan, mengikut mana-mana yang berkenaan, setelah berpuas hati bahawa adalah wajar untuk berbuat demikian, boleh mengambil apa-apa tindakan pentadbiran terhadap mana-mana orang yang melakukan suatu kemungkiran seperti yang berikut:
(a)
sedang melanggar atau telah melanggar peruntukan di bawah Bahagian IV, Bahagian VIa selain subseksyen 66b(3) atau Bahagian VIb selain seksyen 66h;
(b)
tidak mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan mana-mana arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau mana-mana syarat yang dikenakan di bawah Bahagian IV, VIa, VIb atau VII dalam hal keadaan apabila orang itu di bawah suatu obligasi untuk mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan, kehendak atau syarat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
(c)
tidak mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan apa-apa arahan atau perjanjian yang dibuat menurut seksyen 83a.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan boleh mengambil semua atau mana-mana tindakan pentadbiran yang berikut:
(a)
untuk mengarahkan orang yang melakukan kemungkiran itu supaya mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan mana-mana peruntukan, arahan,
Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan
Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada
Aktiviti Haram (Pindaan)
45
petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan, kehendak atau syarat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(b)
untuk mengenakan suatu penalti kewangan yang sepadan dengan beratnya atau seriusnya kemungkiran itu, tetapi dalam apa-apa hal keadaan tidak melebihi satu juta ringgit;
(c)
untuk mencela orang yang melakukan kemungkiran itu atau mengeluarkan suatu kenyataan awam berhubung dengan kemungkiran itu; atau
(d)
untuk menghendaki orang yang melakukan kemungkiran itu supaya mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan untuk meremedi kemungkiran itu atau mengurangkan kesan kemungkiran itu.
(3)
Pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan hendaklah mengambil kira perkara yang berikut dalam menentukan tindakan sewajarnya yang akan diambil dalam setiap hal:
(a)
keberkesanan tindakan yang akan diambil di bawah
Akta ini;
(b)
perkadaran tindakan yang akan diambil dengan kemungkiran yang dilakukan;
(c)
pencegahan kemungkiran masa hadapan yang serupa keadaannya oleh orang lain; dan
(d)
apa-apa perkara lain yang dipertimbangkan sebagai berkaitan pada pendapat pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan itu.
(4)
Pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan tidak boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen (2) tanpa memberi orang yang melakukan kemungkiran itu suatu notis bertulis yang menyatakan tindakan yang dicadangkan dan alasan bagi tindakan itu.
Undang-Undang Malaysia 46
Akta A1761
(5)
Orang yang melakukan kemungkiran itu hendaklah diberi peluang untuk membuat suatu representasi bertulis kepada pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis bertulis itu.
(6)
Jika tiada representasi bertulis diterima oleh pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan itu dalam tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (5), pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan itu hendaklah melalui suatu notis bertulis meneruskan tindakan yang dicadangkan di bawah subseksyen (4).
(7)
Jika suatu representasi bertulis diterima, pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan hendaklah, setelah mempertimbangkan representasi itu, memberi orang yang melakukan kemungkiran itu suatu notis bertulis tentang keputusannya.
(8)
Suatu keputusan untuk mengambil tindakan di bawah subseksyen (6) atau (7) hendaklah berkuat kuasa dengan serta-merta atau pada apa-apa tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan, dalam notis bertulisnya.
(9)
Apa-apa penalti kewangan yang dibayar oleh seseorang di bawah perenggan (2)(b) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan
Persekutuan.
(10)
Jika seseorang tidak membayar apa-apa penalti kewangan yang dikenakan di bawah perenggan (2)(b) dalam tempoh yang ditentukan, penalti kewangan itu boleh didapatkan semula sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada
Kerajaan.
(11)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan daripada mengambil apa-apa tindakan lain yang ia diberikan kuasa di bawah Akta ini terhadap orang yang melakukan kemungkiran itu.
Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan
Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada
Aktiviti Haram (Pindaan)
47
Tindakan sivil 83c. Pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh memulakan prosiding sivil di dalam mahkamah terhadap seseorang bagi mana-mana pelanggaran di bawah