Malaysia legislation

Section 43

of AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN DAN HASIL DARIPADA AKTIVITI HARAM (PINDAAN) 2025

Seksyen 43

Seksyen 66e Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “Arahan dan garis panduan” dengan perkataan “Arahan, dsb.,”;

(b)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan boleh mengeluarkan apa-apa arahan dan garis panduan kepada” dengan perkataan “pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengeluarkan apa-apa arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak kepada, atau mengenakan apa-apa syarat ke atas,”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “sebagaimana yang didapati perlu oleh pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan itu”

dengan perkataan “sebagaimana yang didapati perlu oleh pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan itu”;

(c)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“suatu arahan atau garis panduan dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi arahan atau garis panduan itu” dengan perkataan “suatu arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak dikeluarkan, atau suatu syarat dikenakan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan, kehendak atau syarat itu”;

(d)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“arahan atau garis panduan yang dibuat” dengan perkataan

“arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau mana-mana syarat yang dikenakan”;

Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan

Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada

Aktiviti Haram (Pindaan)

(e)

dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4)  Sesuatu institusi tidak boleh menzahirkan mana-mana arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1) jika pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, memberitahu institusi itu bahawa pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan itu berpendapat bahawa penzahiran itu bertentangan dengan kepentingan awam.”;

(f)

dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan

“arahan atau garis panduan yang dikeluarkan kepadanya”

di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan kepada, atau syarat yang dikenakan ke atas, institusi itu”; dan

(g)

dalam subseksyen (6), dengan menggantikan perkataan

“Pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan itu” dengan perkataan “Pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan,”.

Seksyen baharu 66g