Seksyen 15
Keizinan untuk mendakwa
of Akta Kesalahan-Kesalahan Penerbangan 1984
(2)
Walaupun keizinan belum diberi berhubungan dengan kesalahan mengikut peruntukan subseksyen (1)―
(a)
seseorang boleh ditangkap bagi suatu kesalahan di bawah
Akta ini;
(b)
suatu waran penangkapan mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dikeluarkan dan dilaksanakan;
(c)
seseorang boleh dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah
Akta ini; dan
(d)
seseorang yang dipertuduh dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh ditahan dalam jagaan atau diberi jaminan, tetapi tiada apa-apa langkah selanjutnya boleh diambil dalam prosiding berhubungan dengan kesalahan itu sehingga keizinan
Pendakwa Raya telah diperoleh.