Skip to content

Seksyen 16

Kedudukan berhubungan dengan ekstradisi apabila tidak ada perkiraan

of Akta Kesalahan-Kesalahan Penerbangan 1984

ActIn forceProvision 17 of 18
Seksyen 16

(1)

Jika tiada apa-apa perkiraan berhubungan dengan ekstradisi berkuat kuasa di antara Malaysia dan sesuatu Negara yang menjadi pihak kepada Konvensyen, Konvensyen itu boleh dianggap untuk berkuat kuasa seolah-olah ia adalah perkiraan berhubungan dengan ekstradisi di antara Malaysia dan Negara itu bagi maksud pemakaian

*Akta Ekstradisi 1992, kepada Negara tersebut.

* Catatan― Akta ini menggantikan Ordinan Ekstradisi 1958 [Ord. 2 Tahun 1958] dan Akta Penjenayah

Fugitif Komanwel 1967 [Akta 54 Tahun 1967]–lihat seksyen 54 Akta 479.

Kesalahan-Kesalahan Penerbangan 27

(2)

Jika *Akta Ekstradisi 1992 terpakai menurut subseksyen (1), ia hendaklah berkuat kuasa seolah-olah jenayah ekstradisi dalam erti

Akta itu masing-masing hanyalah kesalahan di bawah Akta ini dan percubaan melakukan kesalahan itu.

(3)

Bagi maksud *Akta Ekstradisi 1992 apa-apa tindakan, di mana jua dilakukan, yang―

(a)

menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini atau percubaan melakukan suatu kesalahan itu, atau akan menjadi suatu kesalahan atau percubaan jika tidak kerana subseksyen 7(2), subseksyen 9(4), atau subseksyen 10(5) atau (6); dan

(b)

menjadi suatu kesalahan terhadap undang-undang mana-mana Negara yang berkenaan dengannya *Akta Ekstradisi 1992 telah terpakai, hendaklah disifatkan menjadi suatu kesalahan mengikut bidang kuasa

Negara itu.