Seksyen 62
Seksyen 62
Mana-mana lesen yang diberi di bawah Ordinan yang dimansuhkan itu dan berkuatkuasa pada mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah diberi di bawah Akta ini dan hendaklah tetap sah sehingga ia ditarikbalik di bawah Akta ini.
(2)
Sesuatu bank yang telah diberi sesuatu lesen di bawah Ordinan yang dimansuhkan itu dan yang telah membuat sesuatu urusan yang dilarang oleh atau di bawah seksyen 26, 29, 30 dan 31 hendaklah dalam masa enam bulan daripada mula berkuatkuasanya Akta ini menghantar suatu penyata urusan-urusan itu kepada Bank Negara dan hendaklah dalam tempoh itu atau apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang ditentukan oleh Bank Negara dalam sesuatu hal tertentu, menyelesaikan/urusan-urusan itu atau membawa/urusan-urusan itu ke dalam had-had yang dibenarkan oleh seksyen-seksyen itu dan melupuskan manamana harta atau hak yang telah diperolehi dengannya.
(3)
Sesuatu bank yang telah diberi suatu lesen di bawah Ordinan yang dimansuhkan itu hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan seksyen 5 dalam suatu tempoh tiga bulan mulai daripada mula berkuatkuasanya Akta ini atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dalam sesuatu hal tertentu.