Skip to content

Seksyen 46

of Akta Bank 1973

ActIn forceProvision 48 of 65

Seksyen 46

(1)

Baik Kerajaan mahupun Bank Negara atau pun mana-mana pegawai salah satu daripadanya tidak boleh tertakluk kepada apa-apa tindakan, tuntutan atau permintaan oleh atau/tanggungan kepada seseorang berkenaan dengan apa-apa yang dilakukan atau ditinggal daripada dilakukan dengan suci hati menurut atau pada melaksanakan atau pelaksanaan yang dicadangkan atau berkaitan dengan pelaksanaan atau pelaksanaan yang dicadangkan, apa-apa kuasa yang diberi kepada Kerajaan, Bank Negara atau pegawai itu oleh Akta ini.

(2)

Bagi maksud-maksud seksyen ini seseorang Menteri dan mana-mana pegawai awam hendaklah disifatkan sebagai seseorang pegawai Kerajaan; dan Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara dan mana-mana pengarah atau pekerjanya dan mana-mana orang yang memegang apa-apa jawatan di dalamnya atau yang dilantik oleh Bank Negara di bawah perenggan (c), (d), atau (e) seksyen-kecil (2) seksyen 39 hendaklah disifatkan sebagai seseorang pegawai Bank Negara.