Skip to content

Seksyen 3

of Akta Bank 1973

ActIn forceProvision 3 of 65

Seksyen 3

(2)

Sesuatu perbadanan yang menghendaki kebenaran untuk menjalankan perniagaan bank di Persekutuan hendaklah memohon dengan bertulis melalui Bank Negara kepada Menteri untuk suatu lesen di bawah seksyen ini dan hendaklah memberi—

(a)

satu salinan memorandam persatuan dan tataurusan persatuan atau lain-lain suratcara yang di bawahnya perbadanan itu diperbadankan, disahkan dengan sempurna dengan suatu akuan berkanun yang dibuat oleh seorang pegawai kanan perbadanan itu;

(b)

satu salinan kunci kira-kira perbadanan itu yang diodit akhir sekali; dan

(c)

apa-apa maklumat lain yang diminta oleh Menteri.

(3)

Apabila menerima sesuatu permohonan di bawah seksyen-kecil (2) Bank Negara hendaklah menimbangkan permohonan itu dan membuat suatu syor kepada Menteri menyatakan samada suatu lesen patut diberi atau tidak dan syarat-syarat (jika ada) yang akan dikenakan kepada lesen itu.

(4)

Apabila menerima sesuatu permohonan di bawah seksyen-kecil (2) dan syor Bank Negara di bawah seksyen-kecil (3), Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 4, memberi suatu lesen, dengan atau tanpa syarat, atau enggan memberi suatu lesen.

(5)

Seseorang yang melanggar peruntukan-peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu keduaduanya.