Seksyen 14
ActIn forceProvision 15 of 65
Seksyen 14
(1)
Bank Negara boleh menghendaki bank-bank berlesen menyenggara wang modal mengenai sesuatu bank yang diperbadankan di Persekutuan, atau wang kerja bersih mengenai sesuatu bank yang diperbadankan di luar Persekutuan yang bernisbah dengan jumlah aset-aset cawangan-cawangan dan pejabat-pejabatnya di Persekutuan mengikut sesuatu peratusan, tidak lebih daripada sepuluh peratus dari jumlah aset-aset itu, sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Bank Negara.
(2)
Bagi maksud-maksud seksyen ini, perbahasaan "wang modal" dan "wang kerja bersih" hendaklah mempunyai erti sebagaimana yang diberi kepadanya oleh seksyen-kecil (2) seksyen 5.