Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian XIV · Kesalahan-Kesalahan

106. Section 106

(1)

Jika apa-apa kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan oleh mana-mana institusi, maka mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu menjadi pengarah, pegawai, atau pengawal, institusi itu atau berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat yang sedemikian, atau telah dengan apa-apa jua cara atau sedikit sebanyaknya bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana hal-ehwal institusi tersebut, atau telah membantu dalam pengurusan tersebut, adalah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa dipersetujui atau dibiarkannya dan bahawa dia menjalankan segala usaha untuk mengelakkan berlakunya kesalahan sebagaimana yang sepatutnya telah dijalankannya, memandang kepada jenis fungsi-fungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan.

(2)

Jika mana-mana orang (kemudian daripada ini disebut "prinsipal" dalam subseksyen ini) boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti kerana apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran di bawah Akta ini, maka dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiaptiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkiran yang dilakukan oleh mana-mana kerani, pengkhidmat atau ejennya, atau oleh kerani atau pengkhidmat ejen itu;

Dengan syarat bahawa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh kerani atau pengkhidmat prinsipal itu dalam menjalankan kerjanya, atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak prinsipal, atau oleh kerani atau pengkhidmat ejen itu dalam menjalankan kerjanya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.

Report

Bahagian XV

Peruntukan-Peruntukan Am

Bahagian XVI

Pindaan. Pemansuhan dan Peruntukan-Peruntukan Peralihan

Schedules