Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 · As enacted · Bahagian XIV · Kesalahan-Kesalahan
108. Section 108
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Gabenor, dengan persetujuan Menteri, boleh dalam hal di mana difikirkannya layak dan patut untuk berbuat demikian, mengkompaunkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang boleh dihukum di bawah seksyen 103 atau 104, atau di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini, dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu dengan membayar kepada Gabenor dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu apa-apa jumlah wang sebagaimana yang ditentukan dalam tawaran itu yang tidaklah boleh melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum (termasuk denda harian, jika ada, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan) yang boleh dikenakan kepada orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu.
Apa-apa wang yang dibayar kepada Gabenor menurut peruntukan-peruntukan subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu telah dilakukan, tetapi sebélum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang ditentukan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu, atau apa-apa perlanjutan masa yang boleh diberikan oleh Gabenor, pendakwaan kerana kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), maka tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran mengkompaunkan kesalahan itu dibuat.
Bahagian XV
Peruntukan-Peruntukan Am
Bahagian XVI