Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 · As enacted · Bahagian XIV · Kesalahan-Kesalahan
Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 · As enacted · Bahagian XIV · Kesalahan-Kesalahan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana orang yang—
cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini;
membuat apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan atau bagi membantu perlakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini; atau
bersubahat atau terlibat dalam suatu komplot jenayah untuk melakukan (sebagaimana istilah-istilah itu ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan) apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, sama ada atau tidak kesalahan itu dilakukan berikutan dengan komplot itu, adalah melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Mana-mana peruntukan Akta ini yang mengandungi sebutan mengenai suatu kesalahan di bawah mana-mana peruntukan tertentu Akta ini hendaklah dibaca sebagai termasuk sebutan mengenai suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) berhubungan dengan kesalahan di bawah peruntukan tertentu itu.
Bahagian XV
Bahagian XVI