Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 · As enacted · Bahagian XV · Peruntukan-Peruntukan Am
115. Section 115
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada pengarah, pegawai atau ejen sesuatu institusi berlesen, sesuatu institusi terjadual, atau sesuatu institusi asing (sama ada atau tidak ia telah mematuhi kehendak-kehendak seksyen 21 (1)), atau mana-mana institusi tak terjadual yang berkenaan dengannya Menteri telah membuat suatu perintah di bawah seksyen 93 (1), atau mana-mana orang lain selaku orang yang menerima apa-apa bayaran atau saraan atas apa-apa sifat, profesional atau selainnya, daripada institusi tersebut, boleh, sama ada secara langsung atau secara tak langsung, meminta atau menerima, atau mengizinkan atau bersetuju untuk menerima, apa-apa alang, komisen, emolumen, ganjaran, wang, harta, cenderamata atau benda bernilai, atau apa-apa perkhidmatan, kemudahan atau faedah tak ketara lain, sama ada bagi faedah atau kebaikan dirinya sendiri atau bagi faedah atau kebaikan mana-mana orang lain, daripada mana-mana orang selain daripada institusi itu, untuk mendapatkan atau cuba mendapatkan bagi mana-mana orang—
apa-apa kemudahan kredit daripada institusi itu;
pembelian atau pendiskaunan apa-apa draf, wang kertas,cek,bil pertukaran atau obligasi lain oleh institusi itu;
kebenaran untuk/mengambil terlebih apa-apa akaun dengan institusi itu (dalam hal di mana institusi itu adalah suatu bank berlesen); atau
apa-apa benda lain yang berhubungan dengan perniagaan atau hal-ehwal institusi itu.
Peruntukan-peruntukan subseksyen (1) tidaklah dengan apa-apa jua cara mengurangkan, dan hendaklah tanpa menjejaskan, mana-mana undangundang bertulis lain yang berhubungan dengan rasuah atau suapan menyalahi undang-undang.
Bahagian XVI