Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian XV · Peruntukan-Peruntukan Am

122. Section 122

(1)

Jika sesuatu institusi berlesen atau sesuatu institusi terjadual atau sesuatu institusi tak terjadual yang berkenaan dengannya Menteri telah membuat suatu perintah di bawah seksyen 24 (1), atau seksyen 93 (1), adalah masing-masingnya suatu perbadanan yang kesemua atau mana-mana peruntukan Akta Syarikat 1965 terpakai baginya, maka peruntukan-peruntukan itu hendaklah sebagai tambahan kepada peruntukan-peruntukan Akta ini dan bukannya sebagai mengurangkannya, tetapi jika terdapat apa-apa percanggahan atau ketakkonsistenan di antara peruntukan-peruntukan akta Syarikat 1965 dengan Akta ini dalam pemakaiannya masing-masing bagi institusi itu, peruntukan-peruntukan Akta ini hendaklah terpakai.

(2)

Jika apa-apa kesulitan atau keraguan berbangkit dalam pemakaian subseksyen (1) berhubungan dengan mana-mana institusi tertentu, atau apa-apa perkara atau hal keadaan tertentu, atau pada amnya, Menteri boleh apabila kesulitan atau keraguan itu dirujukkan kepadanya oleh Bank, menyelesaikannya melalui suatu arahan bertulis.

(3)

Sebutan-sebutan mengenai "Akta ini" dalam seksyen ini tidaklah termasuk apa-apa peraturan, perintah atau lain-lain perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini.

Report

Bahagian XVI

Pindaan. Pemansuhan dan Peruntukan-Peruntukan Peralihan

Schedules