Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 · As enacted · Bahagian XV · Peruntukan-Peruntukan Am
120. Section 120
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh, atas syor Bank, pada bila-bila masa melalui notis dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana hari atau hari-hari sebagai hari kelepasan atau hari-hari kelepasan bagi kesemua institusi berlesen, atau bagi apa-apa kelas, kategori atau perihalan institusi berlesen.
Tiada institusi berlesen boleh menjalankan apaapa perniagaan dengan orang awam pada mana-mana hari yang diisytiharkan sebagai hari kelepasan bagi institusi berlesen itu di bawah peruntukan-peruntukan subseksyen (1).
Sesuatu hari yang diisytiharkan sebagai hari kelepasan di bawah peruntukan-peruntukan subseksyen (1) tidaklah semestinya menjadi hari kelepasan am dan tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan peruntukan-peruntukan manamana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan hari-hari kelepasan am.
Apa-apa sebutan mengenai hari kelepasan bagi institusi-institusi berlesen, atau bagi apa-apa kelas, kategori atau perihalan institusi berlesen, dalam manamana undang-undang bertulis hendaklah termasuk—
mana-mana hari yang diisytiharkan sebagai hari kelepasan di bawah peruntukan peruntukan subseksyen (1); dan
mana-mana hari yang adalah hari kelepasan am mengikut pengertian mana-mana undangundang bertulis yang berhubungan dengan hari-hari kelepasan am.
Bahagian XVI