Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 · As enacted · Bahagian II · Pelesenan Perniagaan Bank, Syarikat Kewangan, Bank Saudagar, Syarikat Diskaun dan Pembrokeran Wang
15. Section 15
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Kecuali dengan keizinan bertulis Menteri—
tiada seorang pun, yang bukannya suatu institusi berlesen, boleh memakai atau menggunakan perkataan-perkataan "bank", "syarikat pengambilan deposit", "syarikat kewangan", "bank saudagar", "syarikat diskaun", "broker wang", atau "broker pertukaran asing", mengikut mana-mana yang berkenaan, atau apa-apa terbitan daripada perkataan-perkataan ini dalam apa-apa bahasa, atau apa-apa perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan penjalanan perniagaan sedemikian, berhubungan dengan perniagaan atau apa-apa bahagian perniagaan yang dijalankan oleh orang itu, atau membuat apa-apa representasi yang bermaksud sedemikian dalam apa-apa kepala bil, kertas surat, notis, iklan, atau dengan apa-apa jua pun cara lain;
tiada institusi boleh selepas ini diberikan lesen di bawah seksyen 6 (4) untuk menjalankan perniagaan di bawah suatu nama yang termasuklah—
perkataan "Negara", "Komanwel", "Persekutuan" sebagai kata sifat, "Persekutuan", "Malaysia", "Malaysia" sebagai kata sifat, "Kebangsaan", "Rizab" atau "Negeri", atau apa-apa perkataan atau perkataan-perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai, atau yang menunjukkan pengertian yang serupa dengan pengertian bagi, mana-mana perkataan di atas; atau
perkataan "Islam" atau "Muslim", atau apa-apa perkataan atau perkataan-perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan bahawa institusi itu menjalankan perniagaan bank Islam.
Seksyen ini tidaklah terpakai bagi mana-mana persatuan mana-mana institusi berlesen atau bagi mana-mana persatuan mana-mana pekerja dalam mana-mana institusi atau institusi-institusi itu.
Bahagian III
Perniagaan-Perniagaan Terjadual dan Pejabat-Pejabat Wakilan
Bahagian IV
Sekatan-Sekatan yang Berhubungan Dengan Penyetujuterimaan dan Pensolisitan, Pengiklanan Mendapatkan, dan Dorongan untuk Membuat, Deposit
Bahagian V
Subsidiari dan Pejabat Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian VI
Sekatan-Sekatan ke Atas Urusniaga Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian VII
Kehendak-Kehendak Kewangan dan Tugas-Tugas Institusi Berlesen
Bahagian VIII
Pemunyaan, Pengawalan dan Pengurusan Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian IX
Sekatan Megenai Perniagaan Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian X
Kuasa-Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian XI
Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan
Bahagian XII
Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan
Bahagian XIII
Maklumat dan Perahsiaan
Bahagian XIV
Kesalahan-Kesalahan
Bahagian XV
Peruntukan-Peruntukan Am
Bahagian XVI