Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 · As enacted · Bahagian II · Pelesenan Perniagaan Bank, Syarikat Kewangan, Bank Saudagar, Syarikat Diskaun dan Pembrokeran Wang
6. Section 6
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bank hendaklah, apabila suatu permohonan telah dibuat dengan sempurnanya mengikut seksyen 5 dan selepas diberi segala maklumat dan dokumen sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen tersebut, mempertimbangkan permohonan itu, dan jika ia berpuas hati bahawa kriteria yang diterangkan dalam Jadual Kedua mengenai pemohon itu dipenuhi, membuat suatu syor kepada Menteri sama ada lesen patut diberi atau ditolak dan syarat-syarat, jika ada, yang hendak dikenakan ke atas lesen itu.
Apabila membuat syor sama ada Menteri patut memberi atau menolak lesen, Bank boleh mengambil kira apa-apa perkara yang berhubungan—
dengan mana-mana orang yang atau akan diambil kerja oleh, atau bersekutu dengan, pemohon bagi maksud perniagaan pemohon; dan
dengan mana-mana perbadanan berkaitan atau sekutu atau dengan mana-mana pengarah atau pengawal mana-mana perbadanan itu.
Suatu syor untuk memberi lesen tidaklah boleh dibuat jika Bank berpuas hati bahawa ia akan berlawanan dengan mana-mana peruntukan lain Akta ini untuk memberi lesen, atau bahawa ia akan memudaratkan kekukuhan struktur kewangan Malaysia untuk berbuat demikian.
Apabila menerima suatu permohonan dan syor Bank di bawah seksyen ini, Menteri boleh memberi lesen, dengan atau tanpa syarat, atau enggan memberi lesen.
Jika Menteri menolak sesuatu permohonan, maka Bank hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis mengenai penolakannya.
Bahagian III
Perniagaan-Perniagaan Terjadual dan Pejabat-Pejabat Wakilan
Bahagian IV
Sekatan-Sekatan yang Berhubungan Dengan Penyetujuterimaan dan Pensolisitan, Pengiklanan Mendapatkan, dan Dorongan untuk Membuat, Deposit
Bahagian V
Subsidiari dan Pejabat Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian VI
Sekatan-Sekatan ke Atas Urusniaga Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian VII
Kehendak-Kehendak Kewangan dan Tugas-Tugas Institusi Berlesen
Bahagian VIII
Pemunyaan, Pengawalan dan Pengurusan Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian IX
Sekatan Megenai Perniagaan Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian X
Kuasa-Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Institusi-Institusi Berlesen
Bahagian XI
Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan
Bahagian XII
Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan
Bahagian XIII
Maklumat dan Perahsiaan
Bahagian XIV
Kesalahan-Kesalahan
Bahagian XV
Peruntukan-Peruntukan Am
Bahagian XVI