Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian II · Pelesenan Perniagaan Bank, Syarikat Kewangan, Bank Saudagar, Syarikat Diskaun dan Pembrokeran Wang

5. Section 5

(1)

Suatu permohonan untuk lesen menjalankan mana-mana perniagaan yang disebutkan dalam seksyen 4 hendaklah dibuat secara bertulis kepada Menteri dengan mengemukakan permohonan itu kepada Bank berserta dengan yang berikut:

(a)

satu salinan memorandum dan perkara-perkara persatuan atau dokumen-dokumen konstituen lain yang di bawahnya pemohon ditubuhkan, yang ditentusahkan dengan sempurnanya melalui suatu akuan berkanun yang dibuat oleh seorang pengarah pemohon;

(i)

nama, tempat dan tarikh penubuhan pemohon;

(b)

satu salinan kunci kira-kira beraudit yang terakhir pemohon;

(c)

suatu pernyataan mengenai yang berikut:

(ii)

nama, tempat dan tarikh penubuhan perbadanan-perbadanan berkaitannya;

(iii)

sumber-sumber wang pemohon, dan maksud-maksud yang baginya dan cara bagaimana ia digunakan;

(iv)

perniagaan utama dan bidang operasi pemohon dan perbadanan-perbadanan berkaitannya; dan

(v)

nama dan alamat bagi pengarah-pengarah pemohon dan perbadanan-perbadanan berkaitannya, dan pemegang-pemegang syer substansial, mengikut pengertian seksyen 69D Akta Syarikat 1965, bagi pemohon dan perbadanan-perbadanan berkaitannya; dan

(d)

apa-apa maklumat atau dokumen lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank bagi maksud-maksud memutuskan permohonan dan kesesuaian pemohon untuk lesen itu.

(2)

Pada bila-bila masa selepas menerima suatu permohonan dan sebelum ia diputuskan oleh Menteri, Bank boleh melalui notis bertulis menghendaki pemohon atau mana-mana orang yang adalah atau akan menjadi seorang pengarah, pengawal atau pengurus pemohon supaya memberi maklumat atau dokumen tambahan.

(3)

Perkara-perkara yang ditentukan di bawah subseksyen (1) (d) atau kehendak-kehendak di bawah subseksyen (2) mungkin berbeza di antara pemohon dengan pemohon lain atau di antara kelas, kategori atau perihalan pemohon dengan kelas, kategori atau perihalan lain bagi pemohon.

(4)

Sesuatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum ia diluluskan atau ditolak.

(5)

Jika apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) tidak diberikan oleh pemohon atau pengarah, pengawal atau pengurusnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam masa yang ditentukan dalam kehendak itu atau apa-apa perlanjutannya yang diberi oleh Bank, maka permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidaklah boleh diteruskan lagi, tanpa menjejaskan permohonan baru yang dibuat oleh pemohon.

Report

Bahagian III

Perniagaan-Perniagaan Terjadual dan Pejabat-Pejabat Wakilan

Bahagian IV

Sekatan-Sekatan yang Berhubungan Dengan Penyetujuterimaan dan Pensolisitan, Pengiklanan Mendapatkan, dan Dorongan untuk Membuat, Deposit

Bahagian V

Subsidiari dan Pejabat Institusi-Institusi Berlesen

Bahagian VI

Sekatan-Sekatan ke Atas Urusniaga Institusi-Institusi Berlesen

Bahagian VII

Kehendak-Kehendak Kewangan dan Tugas-Tugas Institusi Berlesen

Bahagian VIII

Pemunyaan, Pengawalan dan Pengurusan Institusi-Institusi Berlesen

Bahagian IX

Sekatan Megenai Perniagaan Institusi-Institusi Berlesen

Bahagian X

Kuasa-Kuasa Pengawasan dan Pengawalan ke Atas Institusi-Institusi Berlesen

Bahagian XI

Penyiasatan, Penggeledahan atau Pemeriksaan dan Penyitaan

Bahagian XII

Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan

Bahagian XIII

Maklumat dan Perahsiaan

Bahagian XIV

Kesalahan-Kesalahan

Bahagian XV

Peruntukan-Peruntukan Am

Bahagian XVI

Pindaan. Pemansuhan dan Peruntukan-Peruntukan Peralihan

Schedules