Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian XII · Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan

92. Section 92

(1)

Jika Menteri menerima laporan dan syor di bawah seksyen 91, maka dia boleh, selepas menimbangkan laporan dan syor itu dan selepas membuat apa-apa siasatan berhubungan dengannya sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suaimfaat, memutuskan, atas syor Bank—

(a)

tidak hendak mengambil apa-apa tindakan mengenai perkara itu, dan memberitahu Menteri atau Pihak Berkuasa Negeri yang mengemukakan laporan itu dengan sewajarnya; atau

(b)

bahawa perlulah menyiasat dan mengawal perniagaan dan hal-ehwal institusi tak terjadual berkenaan untuk melindungi kepentingan-kepentingan pendeposit, pemiutang, pelanggan atau anggota, atau manamana kelas atau kategorinya masing-masing.

(2)

Bagi mengelakkan keraguan, maka adalah dengan ini diisytiharkan bahawa—

(a)

sebelum Menteri membuat suatu keputusan di bawah subseksyen (1) (b); atau

(b)

sebelum Menteri yang disebutkan dalam seksyen 91 (a) atau (b), atau Pihak Berkuasa Negeri, mengemukakan laporan dan syor di bawah seksyen 91, kepada Menteri, tidaklah perlu bagi Menteri, atau Menteri yang disebutkan dalam seksyen 91 (a) atau (b), atau Pihak Berkuasa Negeri, memberi peluang kepada institusi tak terjadual berkenaan untuk membuat apa-apa jua pun representasi kepada Menteri, atau kepada Menteri yang disebutkan dalam seksyen 91 (a) atau (b), atau kepada Pihak Berkuasa Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Report

Bahagian XIII

Maklumat dan Perahsiaan

Bahagian XIV

Kesalahan-Kesalahan

Bahagian XV

Peruntukan-Peruntukan Am

Bahagian XVI

Pindaan. Pemansuhan dan Peruntukan-Peruntukan Peralihan

Schedules