Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian XII · Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan

94. Section 94

(1)

Jika sesuatu perintah telah dibuat di bawah seksyen 93 (1) berkenaan dengan sesuatu institusi tak terjadual yang disebutkan dalam perenggan (b) bagi takrif "institusi tak terjadual" dalam seksyen 2 (1), Menteri boleh, atas syor Bank, jika difikirkannya perlu untuk berbuat demikian bagi kepentingan pendeposit, pemiutang, pelanggan, atau anggota institusi tak terjadual itu, atau bagi kepentingan mana-mana kelas atau kategorinya itu, masing-masing, membatalkan atau menyekat, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya layak dan patut, mana-mana jua pun lesen, pendaftaran, perakuan, atau kebenaran lain yang melaluinya atau di bawahnya ia ditubuhkan, dilantik atau dibentuk, atau ia menjalankan perniagaan penyediaan pembaiyaan.

(2)

Bagi maksud-maksud mengambil tindakan di bawah subseksyen (1), Menteri boleh, jika praktik untuk berbuat demikian, memakai secara mutatis mutandis peruntukan-peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pembatalan atau sekatan lesen sesuatu institusi berlesen, dengan segala ubahsuaian, pengubahan, penyesuaian, ubahpindaan, pindaan, tambahan, potongan atau penggantian, sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suaimanfaat.

(3)

Jika apa-apa pembatalan atau sekatan telah dilakukan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana institusi tak terjadual, maka institusi itu dan mana-mana orang lain yang terjejas dengan pembatalan atau sekatan itu hendaklah mematuhi pembatalan atau sekatan itu dan apa-apa terma atau syarat yang telah dikenakan kepadanya.

(a)

apa-apa jua yang tak konsisten dengannya, atau berlawanan dengannya, yang terkandung dalam mana-mana peruntukan lain Akta ini;

Report

Bahagian XIII

Maklumat dan Perahsiaan

Bahagian XIV

Kesalahan-Kesalahan

Bahagian XV

Peruntukan-Peruntukan Am

Bahagian XVI

Pindaan. Pemansuhan dan Peruntukan-Peruntukan Peralihan

Schedules