Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 · As enacted · Bahagian XII · Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan
Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 · As enacted · Bahagian XII · Pemakaian Bahagian X dan XI bagi Institusi-Institusi Tak Terjadual yang Terlibat dalam Penyediaan Pembiayaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika Menteri memutuskan bahawa perlulah menyiasat dan mengawal perniagaan dan hal-ehwal sesuatu institusi tak terjadual di bawah seksyen 92 (1) (b), maka peruntukan-peruntukan Bahagian X dan XI bolehlah terpakai bagi institusi tak terjadual itu seolah-olah ia suatu institusi berlesen mengikut apa-apa cara, sehingga apa-apa takat, dan dengan segala ubahsuaian, pengubahan, penyesuaian, ubahpindaan, pindaan, tambahan, potongan atau penggantian sebagaimana yang diperuntukkan oleh Menteri melalui perintah yang dibuat olehnya atas syor Bank dan disiarkan dalam Warta:
Dengan syarat bahawa perintah itu tidaklah mengenakan peruntukan-peruntukan seksyen 73 (2) (b) atau (c) kepada institusi tak terjadual itu kecuali dengan keizinan bertulis Menteri, atau Pihak Berkuasa Negeri, yang mengemukakan laporan dan syor di bawah seksyen 91.
Sesuatu perintah Menteri di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai satu bahagian integral Akta ini dan dibaca sebagai satu dengan Akta ini, dan hendaklah mempunyai kuatkuasa dan kesan penuh walau apa pun apa-apa jua yang tak konsisten dengannya, atau berlawanan dengannya, yang terkandung dalam Akta ini.
Bahagian XIII
Bahagian XIV
Bahagian XV
Bahagian XVI