Akta Bernama 1967 · Updated to 14 Jun 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual hendaklah terpakai bagi anggota Majlis
12. Siasatan oleh Majlis Penyeliaan
Feedback & supportMajlis Penyeliaan hendaklah mengadakan suatu siasatan mengenai—
apa-apa aduan di bawah perenggan 10(b); atau
apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya oleh Lembaga di bawah perenggan 10(c).
Bagi maksud sesuatu siasatan di bawah seksyen ini, Majlis
Penyeliaan boleh—
menerima keterangan secara lisan atau bertulis; atau
menghendaki mana-mana orang untuk memberikan apa-apa maklumat, yang pada pendapat Majlis Penyeliaan perlu bagi maksud membuat suatu dapatan.
Majlis Penyeliaan hendaklah memberikan dapatannya dan apa-apa syor yang difikirkannya patut secara bertulis kepada Lembaga secepat yang mungkin apabila tamatnya sesuatu siasatan.
Dapatan Majlis Penyeliaan dan syor, jika ada, hendaklah, jika diarahkan sedemikian oleh Majlis Penyeliaan, disiarkan dengan sepenuhnya oleh Lembaga.