Seksyen 3
Seksyen 3
Suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Pertubuhan
Berita Nasional Malaysia”, atau dalam bahasa Inggeris “Malaysian
National News Agency”, ditubuhkan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.
(2)
BERNAMA hendaklah, berkenaan dengan harta alih atau tak alih, mempunyai kuasa—
(a)
untuk memperoleh dan memegang harta alih atau tak alih itu; dan
(b)
untuk melupuskan, atau dengan apa-apa cara lain membuat apa-apa urusan mengenai, harta alih atau tak alih itu.
(3)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2) tetapi tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta ini, BERNAMA hendaklah mempunyai dan menjalankan segala kuasa yang perlu atau suai manfaat bagi mencapai matlamatnya atau mana-mana matlamat itu.
(4)
BERNAMA boleh menurut budi bicaranya membuat perkiraan pada masa yang sesuai bagi penerimaan melalui langganan, bayaran, pertukaran atau cara lain berita atau bahan berita antarabangsa, serantau dan berita atau bahan berita lain dan pengagihan berita atau bahan berita itu kepada pelanggan atas apa-apa terma sebagaimana yang boleh diatur.