Seksyen 7
Seksyen 7
Pengurusan BERNAMA terletak hak pada suatu Lembaga
Pengelola yang mengandungi tidak kurang daripada sebelas orang tetapi tidak lebih daripada tiga belas orang anggota yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
(2)
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut, yang merupakan warganegara Malaysia:
(a)
seorang Pengerusi;
(b)
tidak lebih daripada enam orang wakil Kerajaan Malaysia;
dan
(c)
tidak lebih daripada enam orang wakil tuan punya surat khabar di Malaysia yang merupakan pelanggan BERNAMA.
(3)
Bilangan wakil yang dilantik di bawah perenggan (2)(b)
dan (c) hendaklah sama banyaknya.
(4)
Pengerusi Lembaga hendaklah dilantik setelah berunding dengan tuan punya surat khabar di Malaysia yang menjadi pelanggan BERNAMA.
(5)
Anggota Lembaga yang disebut dalam perenggan (2)(c)
hendaklah dilantik daripada kalangan orang yang dinamakan oleh tuan punya surat khabar di Malaysia yang merupakan pelanggan
(6)
Bahagian I Jadual hendaklah terpakai bagi anggota Lembaga.
9