Seksyen 11
Penangguhan pendaftaran
of Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957
ActIn forceProvision 12 of 47
Seksyen 11
(1)
Jika selepas habis tempoh empat belas hari dan sebelum hari yang ke empat puluh tiga dari tarikh kelahiran atau kelahiran mati seseorang kanak-kanak permohonan dibuat untuk mendaftarkan butir-butir kelahiran tersebut, Pendaftar boleh dengan pembayaran fi yang ditetapkan bagi pendaftaran yang tertangguh, mendaftarkan butir-butir yang ditetapkan itu.
(2)
Maklumat berkenaan dengan kanak-kanak baharu lahir yang hidup yang dijumpai terdedah hendaklah diberikan semasa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) di atas didaftarkan oleh Pendaftar tanpa mengenakan fi.