Seksyen 12
Kuasa Pendaftar Besar dikehendaki bagi pendaftaran lewat
of Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957
Jika, selepas habis tempoh empat puluh dua hari dari tarikh kelahiran mana-mana kanak-kanak atau dari tarikh apabila mana-mana kanak-kanak baharu lahir yang hidup dijumpai terdedah, kelahiran kanak-kanak itu telah tidak didaftarkan, kelahiran itu tidak boleh didaftarkan kecuali dengan kuasa bertulis dari Pendaftar Besar dan dengan cara tertentu dan dengan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang boleh ditetapkan bagi pendaftaran lewat, dan hakikat bahawa kuasa dari Pendaftar Besar telah diperoleh, hendaklah dicatatkan ke dalam daftar.
(2)
Seksyen ini tidak terpakai dalam hal sesuatu kelahiran mati.