Seksyen 23
Bila pemeriksaan post-mortem diadakan
of Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957
Apabila seorang pengamal perubatan yang berdaftar telah melakukan pemeriksaan post-mortem ke atas tubuh mana-mana orang, pengamal perubatan berdaftar itu hendaklah, melainkan jika dia mengetahui bahawa Koroner atau Majistret bercadang untuk mengadakan suatu inkues atau siasatan berkenaan dengan kematian itu, dalam tempoh dua puluh empat jam selepas tamatnya
Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 23
pemeriksaan itu, mengemukakan perakuan dalam borang yang ditetapkan kepada Pendaftar, dan sebab kematian sebagaimana yang dinyatakan dalam perakuan itu, bersama-sama dengan nama pengamal perubatan yang memperakukan perakuan itu, hendaklah dicatatkan ke dalam daftar.
Tugas Koroner atau Majistret yang mengadakan siasatan untuk mengemukakan salinan dapatan itu