Skip to content

Seksyen 24

of Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957

ActIn forceProvision 26 of 47

Seksyen 24

Apabila suatu inkues atau siasatan diadakan mengenai kematian mana-mana orang, Koroner atau Majistret, yang mengadakan inkues atau siasatan tersebut, hendaklah dalam tempoh dua puluh empat jam selepas ianya tamat, mengemukakan kepada Penguasa Pendaftar bagi kawasan pendaftaran di mana kematian itu terjadi atau tubuh orang itu dijumpai, suatu perakuan yang menyatakan sebab kematian sebagaimana yang ditentukan di dalam siasatan itu, dan butir-butir lain sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud pendaftaran, dan sebab kematian yang dizahirkan dalam perakuan itu hendaklah dicatatkan ke dalam daftar itu.