Skip to content

Seksyen 26

of Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957

ActIn forceProvision 28 of 47

Seksyen 26

(1)

Tiap-tiap Pendaftar hendaklah pada masa sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar Besar menyerahkan kepada Penguasa

Pendaftar semua catatan yang telah lengkap yang dibuat di dalam daftar yang disimpan olehnya.

(2)

Tiap-tiap Penguasa Pendaftar hendaklah pada masa tersebut dan dengan cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar Besar

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 299

menyerahkan kepada Pendaftar Besar satu daripada tiap-tiap catatan yang telah lengkap yang diserahkan kepadanya di bawah subseksyen (1) di atas.