Skip to content
In forceUpdated to 30 Nov 2015Read it in English

Bahagian V

24. Kecualian

(1)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen 23(1) boleh menyentuh hak seseorang atau sesuatu pertubuhan perbadanan untuk mengambil atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihalan yang orang atau pertubuhan perbadanan itu berhak mengambil atau menggunakan di bawah Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951.

(2)

Walau apa pun Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951, seseorang anggota boleh mengambil atau menggunakan nama atau gelaran “ahli kimia” atau apa-apa perkataan yang seumpamanya dalam apa-apa bahasa lain berkenaan dengan penjualan barang-barang secara runcit.

Report