Chemists Act 1975 · Updated to 30 Nov 2015 · Bahagian V
Chemists Act 1975 · Updated to 30 Nov 2015 · Bahagian V
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh melantik beberapa orang ahli kimia berdaftar dalam perkhidmatan awam yang difikirkannya perlu untuk menjadi Pemeriksa bagi maksud Akta ini.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 158
Jika seseorang Pemeriksa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah atau sedang dilakukan di mana-mana premis atau yang berhubungan dengan sesuatu perniagaan yang dijalankan di mana-mana premis, dia boleh, pada setiap masa yang munasabah, memasuki, menggeledah dan memeriksa premis itu dan boleh memeriksa, memindahkan dan menahan apa-apa buku, dokumen atau barang lain yang dijumpai di dalamnya yang, pada pendapatnya, boleh memberi keterangan tentang pelakuan kesalahan itu.
Seseorang yang menghalang atau menggalang seseorang
Pemeriksa dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun.