Companies Commission of Malaysia Act 2001 · Updated to 1 Mar 2018 · Bahagian IIIC · Pelesenan
20H. Penggantungan lesen
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk menggantung lesen yang diberikan atau diperbaharui menurut seksyen 20F.
Suruhanjaya boleh menggantung lesen yang diberikan kepada mana-mana orang jika terdapat suatu tindakan terhadap orang itu untuk menentukan—
jika terdapat pelanggaran mana-mana peruntukan di bawah
Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama; atau
jika terdapat pelanggaran apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan berhubung dengan pengeluaran lesen itu.
Seseorang yang lesennya telah digantung di bawah subseksyen (1)
hendaklah disifatkan seolah-olah dia tidak diberikan lesen dalam tempoh penggantungan itu bagi maksud Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.