Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2018Read it in English

Bahagian IIIC · Pelesenan

20J. Section 20J

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), seorang yang dilesenkan boleh menyerahkan lesen dengan menghantarnya kepada Suruhanjaya berserta dengan notis bertulis mengenai penyerahannya.

(2)

Penyerahan lesen tidak boleh berkuat kuasa sehingga

Suruhanjaya berpuas hati bahawa perkiraan yang mencukupi telah dibuat untuk memenuhi semua liabiliti dan obligasi orang yang dilesenkan itu yang masih belum diselesaikan pada masa notis penyerahan itu diberikan oleh orang yang dilesenkan itu.

(3)

Penyerahan lesen yang dibuat di bawah subseksyen (1) tidak boleh berfungsi untuk mengelak atau menjejaskan apa-apa liabiliti atau obligasi yang timbul daripada apa-apa perjanjian, kontrak, transaksi atau perkiraan yang berhubungan dengan perkhidmatan atau aktiviti yang dijalankan oleh orang yang dilesenkan itu oleh sebab pemegangan lesen itu.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

Report

Bahagian IV

Peruntukan Berhubung Dengan Pekerja

Bahagian V

Kewangan

Bahagian VI

Schedules